07.10Lada (zingiber officinale)

Bahan yang telah disediakan sebagai obat herbal sejak obat herbal diperkenalkan pada awal abad ke sembilan belas.
Demikianlah halnya dengan lada hitam.Nama saintifik lada hitam iaitu , sebenarnya juga merupakan nama remedi homeopati yang selalunya dikekalkan dengan nama asalnya. Sesuai dengan sebutan “lada hitam”, ia juga lebih mudah dikenali atau dicamkan apabila disebut “black pepper”.
Salah satu khasiat ialah kemampuannya mengobati sakit kepala.
Mengikut Dr. W. Boericke, sindrom sakit kepala Piper nigrum ialah sakit kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.Sebahagian sindrom yang dinyatakan di atas agak terperinci berbanding dengan penyataan sakit kepala. Ini adalah justeru para penguji remedi homeopati mencatat dengan halusi dan terperinci setiap sindrom yang dirasakan ketika menguji satu-satu bahan.
Selain daripada sakit kepala, terdapat beberapa sindrom lain yang mungkin berhubungan dengan kegunaannya dalam perubatan herba, Antara catatan yang boleh dipetik daripada materia medika Boericke ialah kegunaan Piper nigrum dalam kes-kes gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagi beberapa kasus dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada.
Tentang kegunaannya sebagai obat mlancarkankan kencing, keterangan sindrom dalam perobatan homeopati yang boleh membantu menunjukkan kesesuaiannya ialah apabila terdapat simptom-simptom berikut: rasa membakar di dalam kantong kemih dan saluran kencing, sulit untuk kencing, ataupun bila kantong kemih rasa penuh dan membengkak. Penderita mungkin timbul rasa hendak kencing tetapi kerapkali kencing tidak keluar




















Leave a Reply